Monday 21 April 2014



Assalammualaikum mommies..

Alhamdulillah..setelah beberapa minggu Ummu Umar sibuk dgn macam2 hal..baru hari ni Ummu Umar dpt berblog..gituu..mommies semua sihat? semoga sihat2 semua..insyaAllah..

Masih belum terlambat utk Ummu Umar mengucapkan mabrouQQQ kepada kakak ipar dan biras yg baru jerr selamat melahirkan baby yang comel dan sihat..alhamdulillah..semakin bertambah ahli keluarga Ummu Umar yg dcintai.. Tahniah Kak Adah..Tahniah Kak Ngah..

Okeyy..topik hari ini adalah berkenaan dgn penyusuan ibu.. Ummu Umar tahu pasti ramai mommies di luar sana berharap agar dapat menyusukan si kecil selama 2 tahun.. Ummu Umar juga mengharapkan hal yang sama..kini si kecil Umar dh pun 8 bulan 21 hari..alhamdulillah..si kecil Umar masih berezeki utk minum susu ibu... terima kasih tuhan..

How i did this? sgt bukan mudah yer lagi2 ni pertama kali bergelar seorang ibu.. perlu banyak membaca pengalaman2 ibu2 di luar..terima kasih again to my bonda, sister,SIL,aunties yg banyk mambantu.. Bagaimana?

Pertama sekali..DOA..semua yg ada pada diri kita termasuk air susu ibu ni adalah dari Allah..
Doa mohon perbanyakkan susu ibu


## Selawat ke atas Nabi
Sebelum menyusukan atau mengepam susu, mulakan dengan bismillah dan selawat.Niatkan di dalam hati agar dcukupkan susu untuk anak.

## Baca doa seperti pada gambar di atas.
Letakkan tangan di payudara,dan berdoa di dalam hati agar Allah murahkan rezeki anak dan kita dapat keluarkan susu yang cukup untuk anak, sekurang2nya 2 tahun.

## Perbanyakkan istighfar
beristighfar sebanyak mungkin dalam keadaan hati kita berserah kepada Allah.. Memohon dan sesali dosa2 lampau agar dosa2 kita tidak menghijab rezeki anak kita yang masih kecil.

## Berfikiran positif..
Jangan stress atau panik sekiranya susu berkurang. Yakin susu akan keluar dan jangan berputus asa. Teruskan penyusuan seperti biasa.

## Kerapkan menyusu (direct feed)
Kerap susukan anak kita. Teori demand and supply sangat berguna ketika ini. Semakin kerap anak menyusu, semakin btambah susu yang akan dihasilkan. Kosongkan payudara dan ini adalah isyarat di mana susu perlu dihasilkan lagi.


Bagi yang susu berkurang setelah mula bkerja..pleaseeee pleaseee please..rajin2 pump..even masa bpantang kena pump jugak..buat stock. bila kita mula bkerja,sometimes kita akan mengalami tekanan bkerja. Memang boleh kita nak pump hari ni untuk bekalan anak ke taska esok hari. Tapi harus ingat, air susu kita pengeluarannya tidak tentu disebabkan emosi kita sendiri. Seperti Ummu Umar sendiri,kalau Ummu Umar penat atau stress pengeluaran susu akan terganggu. Adakalanya keluar angin sahaja. Dan kalau pun keluar,Ummu Umar mengambil masa yang agak lama untuk mengepam di mana Ummu Umar perlu menenangkan diri, rileks dan mempositifkan diri Ummu Umar. Sebab tu stock perlu ada bagi mommies yang ingin penyusuan ibu 100% tanpa campuran susu formula.


Bagi mommies yang dah 'terlajak' campur susu formula. Ummu Umar sarankan gunalah susu kambing kerana susu kambing ni adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Nanti Ummu Umar kongsikan susu kambing yang Ummu Umar bagi kat Little Umar yerr.. Namun, alhamdulillah..Allah masih rezekikan Little Umar untuk minum susu ibu. Susu formula hanya di taska.. Terima kasih tuhan..

Sesungguhnya menyusukan bayi adalah satu anugerah yang hanya dikurniakan kepada wanita yang bergelar IBU sahaja. Gunalah nikmat kurniaan Allah ini sebaiknya. Semoga usaha mommies utk menyusukan anak dipermudahkan..


SharingIsCaringAndLoving



Salam Kasih Sayang,
Ummu Umar