Monday 31 March 2014


BERSEGERALAH MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum w.b.t..mommies..

Apa khabar semua hari ni? Semoga hari ni lebih baik daripada semalam..insyaAllah.. Topik yang Ummu Umar nak kongsikan hari ini ialah mengapa kita perlu bersegera dalam mendidik anak-anak? Selalu Ummu Umar dengar daripada ibu ayah di luar sana di mana ada yang beranggapan tidak perlu memulakan didikan sedari bayi kerana pada mereka ianya terlalu awal. Ramai yang berpendapat bayi yang belum tahu berkata-kata bermakna mereka belum memahami apa-apa dan tidak tahu apa-apa. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah kurang tepat. Pada pendapat Ummu Umar, didikan sedari bayi itu lebih baik malah berkesan daripada menunggu anak-anak mencapai umur 5-6 tahun.Berdasarkan pembacaan Ummu Umar, usia bayi dari 0-4 tahun adalah satu tempoh yang baik untuk memulakan didikan di mana pada usia ini, mereka lebih cepat mengingat dan menghafal apa yang diajarkan kepada mereka. 

Namun, di zaman modern ni Ummu Umar pasti ramai ibu ayah di luar sana sudah mula untuk mengajar anak-anak sedari bayi malah sedari bayi dalam rahim lagi..Alhamdulillah.. Bagi ibu ayah yang baru menimang cahaya mata pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa perlu bersegera mendidik anak? Mengapa ya?

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)
Kalau kita lihat sejarah ilmuwan Islam semasa zaman Islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain. Cara begitulah ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina, al Farabi, ibnul Khaitam dan lain lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk proses berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain.

Pernah membaca biografi Imam kita, Imam Shafie? Beliau merupakan antara Imam yang paling bijak dan telah menghafaz quran seluruhnya pada umur 7 tahun. Bila Ummu Umar baca kenyataan tentang beliau menghafaz seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, Ummu Umar terfikir...

" Beliau orang yang terpilih. Pastinya beliau menjadi orang yang hebat. Agak mustahil untuk orang lain."

Namun jauh di sudut hati Ummu Umar sangat mengimpikan anak-anak Ummu Umar menghafaz al-Quran seawal mungkin. Anak Ummu Umar juga pasti boleh mencapai apa yang Ummu Umar fikir ianya mustahil sekiranya, Ummu Umar sendiri berkeinginan dan dengan izin Allah ia pasti terjadi. Semoga Allah memberi kkuatan dan kesabaran yang tinggi untuk Ummu Umar menjalankan tanggungjawab ini. Ini impian Ummu Umar.

Ummu Umar pernah terbaca dalam satu blog, jika Al Fatihah yang kamu ajar pada seorang kanak-kanak yang belum tahu, maka pahala setiap kali bacaannya akan sampai kepada kamu walaupun kamu sudah mati. Jika anak kamu mengajar anaknya alfatihah pula, pahalanya akan juga sampai kepada kamu kerana kamulah yang mengajar sehingga dia boleh mengajar anaknya sendiri. Kita tahu bahawa ada 17 kali surah al Fatihah akan dibaca dalam sehari untuk solat wajib dan pahalanya mengalir kepada kita kerana kita yang mengajarnya. Bagi Ummu Umar, mengajar anak sendiri ibarat Ummu Umar memulakan perniagaan multi level untuk dunia akhirat Ummu Umar sendiri.

Agak mencabar juga untuk mengajar kanak-kanak kerana kita perlu banyak bersabar setelah diri kita letih bekerja dan menguruskan perniagaan sehari-hari. Ummu Umar rasa ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa agak beruntung kerana boleh menghabiskan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Kesibukkan tugas kadang-kadang melalaikan Ummu Umar. Ummu Umar berharap agar dapat terus mendisiplinkan diri untuk mendidik Umar walau bagaimana sibuk pun. Caranya, Ummu Umar akan cuba selalu mengingatkan diri dengan ayat ini.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..


Semoga perkongsian hari ni memberi manfaat untuk semua di ibu ayah di luar sana..dengan izin Allah..

SharingIsCaringAndLoving





Salam Kasih Sayang,
Ummu Umar
01.04.2014
9:26 am

Saturday 29 March 2014

Assalamualaikum mommies..

Inilah buah hati Ummu Umar.. Baru lepas Ummu Umar cukur.. Baru la nampak kemas. Moga jadi anak yg soleh ya. Hari ni Ummu Umar nak berkongsi perkembangan Umar ni.. Alhamdulillah.. Esok Umar dah 8 bulan. Cepat sungguh masa berlalu. Umar dah pandai merangkak. Sekarang ni Ummu Umar sedang usahakan nak ajar Umar mengenal Alif Ba Ta dan nak melatih pendengarannya dengan surah2 dalam alQuran.. Ummu Umar teringin sangat nak Umar dapat menghafal surah2 seawal mungkin..

Alhamdulillah..setakat ni..setiap kali Ummu Umar dengarkan Alif Ba Ta.. Umar pasti teruja mendengarnya.. Allah..bantu Umar ya... Teringat pula Ummu Umar..beberapa hari sebelum kelahiran Umar... Dalam bulan ramadhan.. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Ummu Umar dan suami ternampak seorang makcik berbangsa Arab sepertinya sedang dalam kesusahan berdiri di tepi jalan yg agak sesak. Abu Umar pun berhenti dan tumpangkan makcik Arab td. Rupanya makcik tu dah lebih sejam berdiri menanti kalau ada kenderaan yg sanggup tumpangkan dia balik ke rumahnya di sek 15.. Dalam perjalanan tu kami berbual. Walau agak seperti ayam dan itik sebab tak faham. Makcik tu tak fasih berbahasa inggeris. Kami pulak suami isteri tak faham bahasa Arab.. Namun..digagahi jua perbualan mesra ni..

Dari perbualan tu, makcik Arab tu bertanya nama kami suami isteri. Didoakan juga agar Ummu Umar dipermudahkan bersalin. Dan pesannya agar Ummu Umar rajin membaca surah Maryam. Didoakannya lagi agar bayi dalam kandungan menjadi anak yang soleh.. Ummu Umar agak lambat nk pick up apa yang dikatakannya tapi Ummu. Umar hanya mengucapkan aamiin..

Hari ini..bila Ummu Umar perhatikan Umar.. Subhanallah.. Perkembangan agak cepat. Setiap kali Ummu Umar baca surah2 pendek, Umar akan diam dan matanya tak berkedip melihat bibir Ummu Umar membaca. Ya Allah.. Ummu Umar meminta dariMu segala kebaikan utk Umar. Ilmu yang bermanfaat. Berilah kekuatan dan kesabaran dalam diri Ummu dan Abu Umar dalam mendidiknya. Aamiin.. Mommies doakan kami ya..


Salam Kasih Sayang,
Ummu Umar
29.3.2014
16:00pm

Thursday 27 March 2014


I LOVE MY MOMMIES

Assalamualaikum mommies..

Entri kali ni buat Ummu Umar teruja..why MOMMIES? Sebab Ummu Umar ada Ibu dan Mama. Ibu is my ibu kandung..Mama pula is my in-law..i love both of them ketat2..sangat2.. Lahir dengan latar belakang yang berbeza..tapi cinta dalam hati mereka membuat mereka tampak SATU dalam hati Ummu Umar..

Tak banyak pun Ummu Umar nak kongsikan dalam entri ni. Sekadar berkongsi betapa Ummu Umar sayang sangat dengan both JIWA yang mengajar Ummu Umar menjadi the great mom.

Ibu adalah insan yang melahirkan,membesarkan serta mendidik Ummu Umar sedari dalam alam rahim. Hebat!! Even Ummu Umar adalah anak bongsu dari tiga beradik..Ummu Umar tak dididik untuk serba mewah. Tapi Asal cukup makan pakai. Ummu Umar dulu duk kampung. Jauh dari pekan. Tepi sungai. Jiran? Berbatu jauhnya. Kami dididik untuk hidup bersusah-susah. Teringat suatu ketika..masa tu kampung Ummu Uamr dilanda banjir. Kami sekeluarga x sempat untuk keluar dari rumah. So..kami 4 beranak (kakak Ummu Umar masa tu duduk asrama) makanlah apa yang ada. Bantuan? kami tak direzekikan untuk terima bantuan. Allah menguji. Lg pula..Rumah Ummu Umar nun jauh dari jalan besar. Few days juga la..Gas habis. Bila air dah semakin surut..ayah dan abang Ummu Umar keluar mengangkut tong gas ke jalan besar dengan berjalan kaki..kecian abang Ummu Umar..dah la orangnya tocik(kecik2 comel)...hihii...Begitulah kehidupan kami. Mungkin orang tengok sekarang..tak siapa menyangka kan... Ibu ayah yang hebat..menjadi sumber kekuatan kami adik-beradik..

Mama pula adalah insan hebat yang melahirkan 13 orang jiwa termasuk suami Ummu Umar yg tercinta. Mama berjiwa besar. Kebanggaan anak2 dan menantu. Orangnya cukup tegas & penyayang.. Bila tengok suami Ummu Umar..itulah hasil didikan mama. Jiwanya kental. Kesusahan mengajar dan mematangkan. Beberapa hari lepas..Ummu Umar tido selepas lunch kat office. Ummu Umar mimpi mama. jadi rindu sangat2. Then Ummu Umar call la mama tersayang..aduh...lega..

Mommies.. kesimpulannya di sini..kita hendaklah berbuat baik kepada ibu2 kita..bukan dengan ibu kandung jer taw.. Ngan mertua pun kena macam tu. Mereka yang lahirkan suami kita. Fair & square.. sayang kena sama rata.. Nak tengok Mama & Ibu Ummu Umar? nantila Ummu Umar kongsi k.. pic dalam hp. kurang rajin nak men'transfer gambar ke pc ni.. 

ILoveBothMyIbuMama


SharingIsCaringAndLoving


Salam Kasih Sayang,
Ummu Umar
28.03.2014
79:39pm

Tuesday 25 March 2014

KALAU ITU KETENTUAN-NYA.....

Assalamualaikum mommies..

Hari ni agak sugul..di setiap laman media sosial,di tempat kerja dan di mana sahaja..semua bibir membicarakannya.. Tersentuhnya hati ini... Allah...selepas ini giliran kami pula..

Beberapa hari berlalu setelah perkhabaran kehilangannya..semalam digemparkan pula dengan berita bahawa ianya berakhir di situ.. Sangat meruntun jiwa2 yang mendengarnya.. Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.. Namun..bagi Ummu Umar..jauh di sudut hati masih tersimpan seribu pengharapan agar jiwa2 yg terdapat dalam kapal tersebut selamat.. Ummu Umar masih mengharap keajaiban berlaku.. masih mengharap Allah cuma 'mencuit' kita sebagai ujian..

Tapi..siapalah kita untuk meghalang ketentuanNya.. Allah sayangkan mereka. Allah mahu kita yang masih bernyawa ni sedar bahawa segala kuasa adalah hakNya..milikNya..kita?? kita tidak punya apa-apa. kita bukan siapa-siapa..penuh dosa..kita lalai..kita leka..

Sedih? teramat sedih.. Namun..dariNya kita datang..kepadaNya kita kembali..kita milikNya.. Semoga semua ahli keluarga jiwa2 dlm pesawat tersebut tabah menghadapi keadaan ini.. Hanya satu.. Allah nak kita merintih..tunduk..sujud kepadaNya.. kerana apa? kerana kita sering leka dengan dunia..sedangkan dunia ini juga milikNya..bila senang kita alpa..bila diusik baru kita terngadah...Ummu Umar juga begitu..sering leka dan terlupa..Kita akan melupaiNya apabila kesenangan menjengah.. Sesungguhnya kita akan lebih mendekatiNya..mencariNya apabila diuji..disusah-susahkan..

Adakalanya Ummu Umar sendiri berasa cuak andai diri ni dah jauh lekanya.. Ummu Umar bekerja..berniaga..setiap kali ada pelanggan membeli barang dari Ummu Umar..Ummu Umar rasa gementar..takut Ummu Umar terjual agak mahal..takut pelanggan tak puas hati.. dan Ummu Umar paling takut kalau niat berniaga terpesong.. Ummu Umar niatkan berniaga ini sebagai ibadah dan nak bantu orang..kadang kat luar mahal..Ummu Umar berniat nak berniaga dengan harga berpatutan..Harap mommies yang baca entry Ummu Umar dapatlah menegur Ummu Umar andai ada yg tersilap yerr..Ummu Umar juga manusia biasa tiada sempurnanya..

Ummu Umar agak kekurangan cetusan idea petang ni..Masih terngiang-ngiang suara PM dlm TV semalam memberitahu perkhabaran MH370..Lagi satu..Ummu Umar tiba-tiba rindukan anakanda Muhammad Umar Al Farouq... dah tak sabar menanti pulang...

Wahai Allah..Yang Pengasih dan Penyayang..
Ampunilah Ummu Umar..suami dan keluarga serta seisi duniaMu ini..
Kami hamba yang tak punya apa-apa.. Kami lemah tanpaMu..
Jadikanlah setiap perlakuan kami ini membawa kami lebih dekat denganMU..yang memberi manfaat kepada ramai jiwa..
Wahai Allah..
Matikanlah kami dalam Husnul Khotimah dan janganlah pula Engkau mematikan kami dalam Suul Khotimah.
Perkenankanlah doa kami,ya Allah.. sepertimana Engkau memakbulkan doa-doa hamba-hambaMu yang soleh..

Aamiin..ya Rabbal Aalamiin..


Semoga perkongsian rasa ini memberi manfaat untuk kita semua..



Salam Kasih Sayang,
Ummu Umar
25.03.2014
15:41pm

Monday 24 March 2014

ERGO BABY CARRIER
Assalamualaikum mommies..

How's your day today mommies? i know mungkin ada yg bit tired..stress..it's normal mommies..me too... Ok beloved mommies.. Petang ni Ummu Umar nak kongsi sedikit tentang kebaikan Ergo Baby Carrier. Ramai yg menyukainya. Tapi kenapa yer?

Sedikit tentang features Ergo Baby Carrier ni..

STANDARD FEATURES

• Comfortable for Parents: Baby’s weight is evenly distributed between the hips and shoulders
• Ergonomic for Baby: Baby is cradled in a natural sitting position
• 3 Carry Positions: Front, Back and Hip
• Baby Weight Range: 7*-45 lb/3.2* – 20 kg (*Newborn with Infant Insert)
• Stitching: Reinforced at all fabric intersections for extra durability
• Shoulder Strap Length Range: 24”-44” (61cm-112cm)
• Waistbelt Circumference Range: 26”-55” (66cm-140cm)
• Shoulder Strap Padding: 1” high density PU foam
• Large Zippered Storage Pocket
• Hood
• Machine washable
• Designed in the USA

Apa kebaikan Ergo Baby Carrier ni?

## Sangat selesa untuk bayi anda kerana kainnya di perbuat dari 100% kain kapas yang      menyerap peluh tetapi tebal dan kukuh di sekeliling jahitan.
## Ia boleh di laras atau di ‘adjust’ mengikut saiz tubuh kerana anda mungkin mahu bergilir-gilir menggendong bayi anda dengan pasangan atau orang lain ketika berjalan.
## Mempunyai penyokong di bahagian pinggang agar bebanan dan berat bayi yang anda bawa tidak hanya tertumpu di bahagian bahu tetapi juga disokong dibahagian pinggang. Ini secara tidak langsung mengurangkan sakit dibahagian bahu dan belakang. Penyokong dibahagian pinggang juga membantu anda untuk membawa bayi anda dengan selesa terutama jika ia perlu mendokong bayi pada waktu yang lama.
## Mempunyai lapik yang tebal dan lebar dibahagian bahu. Lapik yang tebal dan lebar sangat membantu dalam memberikan keselesaan kepada anda sewaktu membawa bayi. Lapik yang tebal juga boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian bahu apabila anda perlu mendukung bayi pada waktu yang lama.
## Mengeratkan hubungan anda dan bayi. Bayi merasa selamat kerana terasa dekat dengan anda dan dapat mendengar degupan jantung anda (bagi posisi hadapan).
## Boleh dipakai dalam 3 cara iaitu bahagian depan, belakang dan juga sisi. Dan anda boleh menukar cara membawa bayi ini pada bila-bila masa bergantung kepada keselesaan, situasi semasa dan juga usia bayi anda.

         
Thigh NOT supported to the knee joint. The resulting forces on the hip joint may contribute to hip dysplasia.

                
Thigh is supported to the knee joint. The forces on the hip joint are minimal because the legs are spread, supported, and the hip is in a more stable position.




See mommies..best kan Ergo Baby Carrier ni..  if mommies ada yg interest.. boleh contact saya k.
Contact : Aida Sheila Mohamad
018-3589823
FB : Ayda Bahri
Page : The Little Caliph House


SharingIsCaringAndLoving


Salam Kasih Sayang
Ummu Umar
24.03.2014
16:03pm

Sunday 23 March 2014

BPA FREE BOTTLE

Assalamualaikum mommies...

Apa khabar hari ni? semoga semua sihat2 hndaknya...aamiin..ok mommies..pagi ni Ummu Umar nak berkongsi sedikit sebanyak tentang topic BPA Free ni.. Ramai yg mungkin dah sedia maklum tentang BPA free. Namun Tak ketinggalan jugak bagi mereka yg tak tahu kan..

So,jom kita berkongsi ilmu yerr... BPa free ni bukan sahaja penting untuk botol susu bayi. Malah juga penting untuk botol kegunaan harian kita.. gambar kat atas tu merupakan salah satu contoh botol yg bebas BPA.

Dari tadi duk mencanag BPA..BPA...apa BPA ni?

Bisphenol A adalah bahan kimia iaitu dalam rumusan kimia dikenali sebagai C15H16O2. Dalam strukur molekulnya, ikatan kimia BPA pada polimer plastik mempunyai sifat tidak stabil, yang bergantung kepada masa dan penggunaannya. BPA mudah lepas dari struktur polimer plastik polikarbonat. Dengan kata lain, sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman.

Kenapa Bisphenol A (BPA) itu boleh membahayakan bayi?

Mengambil kira sifat BPA ini adalah mudah larut dan meresap ke dalam makanan atau minuman, jika diberikan kepada bayi, BPA akan memasuki badan badan bayi. BPA yang rendah sekalipun sekiranya masuk ke dalam tubuh kita boleh mengakibatkan mengganggu hormon estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan sekali gus mendatangkan kesan lain pada tubuh badan.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.

Ciri-ciri Botol Yang Mengandungi BPA :

1. Botolnya jernih (crystal clear)
2. Biasanya terdapat dalam pelbagai corak yang menarik
3. Harganya murah (sehingga ada pakej 3 botol hanya RM7.90)
4. Sekiranya di pasar raya besar, biasanya botol-botol ini dilonggokkan di dalam ‘wagon’
5. Tiada label ‘BPA FREE’ pada pembungkusannya
6. Pada bahagian bawah botol, terdapat ‘nombor 7′ dalam segitiga beranak panah
7. Ada botol yang tidak mengandungi nombor langsung di bahagian bawahnya.
Nombor kod plastik yang berbahaya kepada manusia:
Bekas ataupun botol plastik yang menggunakan nombor kod 1, 3, 6, dan 7 sebenarnya adalah tidak sesuai digunakan berulang kali, malah ada yang tidak sesuai digunakan sebagai bekas ‘bahan makanan’ manusia.
Sebagai contoh, botol susu dengan kod bernombor 6, sekiranya di pasar raya, ada juga pengilang yang meletakkan ‘BPA Free’, tetapi, walaupun jenis ini BPA Free, ia tetap tidak sesuai digunakan untuk botol bayi.
Nombor 6 menggunakan bahan Polystyrene. Bahan ini biasanya digunakan bagi membuat bekas CD, kaset, pembungkusan sabun atau bahan pembasuh dan ‘sarang’ telur. Tetapi, pengilang tetap menggunakan bahan ini bagi membuat botol susu bayi!
Bahan bernombor 1 iaitu PET (Polyethylene Terephthalate) pula biasanya digunakan sebagai botol minuman ringan, air mineral, dan bekas bahan kosmetik. Bahan ini adalah bahan ‘pakai buang’. Digunakan sekali sahaja. Justeru, berhati-hatilah kepada mereka yang suka menggunakan botol air mineral berulang kali.
Bahan bernombor 3 pula terang-terangan namanya adalah PVC (Polyvinyl chloride), bukan bahan yang sesuai untuk bahan makanan. Biasanya ia digunakan sebagai getah paip, beg darah dan lain-lain. PVC juga dikenali sebagai ‘Plastik Beracun’ kerana mengandungi bahan toksin yang berbahaya.
Nombor yang sesuai bagi digunakan sebagai bahan botol bayi adalah bahan bernombor 5 atau PP (Polypropelene). Bahan ini biasanya digunakan sebagai botol ubat dan penyedut minuman.

Tip mudah mengenal pasti botol susu BPA Free:
1. Terdapat label pembungkusan ‘BPA Free’
2. Sekiranya tiada label BPA Free, lihat pada bahagian bawah botol terdapat nombor 5 dalam segitiga beranak panah
3. Botol jenis ini berwarna keruh dan lebih lembut
4. Harga botol susu jenis ini biasanya lebih mahal, satu botol lebih RM10
5. Botol susu jenis kaca juga adalah BPA Free
Nombor lain yang selamat kita gunakan berulang kali adalah bahan bernombor 2 dan 4. 
Peringatan: Berhati-hati, tidak semestinya botol berjenama ataupun berharga mahal itu adalah BPA Free. Botol-botol mahal yang dimaksudkan adalah botol-botol yang biasanya dijual di butik-butik bayi, kurang di pasar raya biasa. Walaupun botol berjenama mahal biasanya adalah BPA free, tetapi kadangkala, ada botol berjenama mahal yang masih belum menghabiskan stok lama mereka.

So..jelas tak mommies? kalau ada kekurangan atau penambahan..mommies bolehla komen k.. Semoga perkongsian ini bermanfaat for mommies..

SharingIsCaringAndLoving


Salam Kasih Sayang
Ummu Umar 
24.02.2014
08:34am

Wednesday 19 March 2014


FRESH FOOD FEEDER

Assalamualaikum mommies..

Apa khabr smua? Seharian smalam Ummu Umar x jenguk2 blog ni.. Ummu Umar bawa Umar gi hospital..batuk bkahak dan selesema...biasa laaa... Allah 'cuit-cuit' nak menguji...alhamdulillah..

Ok..arini Ummu Umar nak kongsi sket pasal benda alah  kat atas tuh.. Fresh Food Feeder. 1st time Ummu Umar berkenalan ngn bnda ni mlalui sorang sahabat.. Kak Ila namanya..thanks so much kak..rupanya benda ni ada plak wujud kt muka Bumi ni kan... Memang superb la otak manusia yg Allah cipta..macam-macam hadooo...

Skali imbas FFF (singkatan jer yerr) ni nampak macam soother kan.. tapi sebenarnya bentuk FFF ni begini...tengok kat bawah ni haaaa...
Ada lubang2 kecil 

Haa..beza kan.. FFF ni teat dia ada lubang2. So nanti makann yg dimasukkan pun senang keluar..baby gigit2 dan makann pun terkeluar.. best kan.. Ummu Umar pun tgh struggle nak dapatkan FFF ni..sebab Umar suka sangattttt amik apa ja dpan mata n trus ngap!!! masuk mulut...anakkkkkk...

How to use?? senang jerr.. macam nii...
senang kan...

## Buka FFF
## Masukkan laa tembikai/betik/carrot(rebus dulu spaya lembut)/dsb..
## Tutup FFF & 'LOCK'..
## Tadaaa...sedia untuk bagi si kecil makan..

Senang kan... InsyaAllah after gaji Ummu Umar belikan Umar k sayang.. Umar pun dah mcm nak tumbuh gigi...asyik nak mengunyah/menggigit...

So mommies...kalau mommies nak order Fresh Food Feeder ni..amatlah dialu-alukan yerr..just contact Ummu Umar k..

Contact No. : 018-3589823 (call/sms/whatsap/wechat)
FB : Ayda Bahri

Fresh Food Feeder
# color available : orange & blue
# BPA free
# age : 6 month above

Semoga bermanfaat ya mommies. 
SharingIsCaringAndLoving


Salam Kasih Sayang
Ummu Umar
20.03.2014
12:00pm

Tuesday 18 March 2014

BABY BULLET

Assalamualaikum mommies..

Wokey..seperti yg dijanjikan kat FB milik Ummu Umar iaitu Ayda Bahri..Ummu Umar nak kongsi sedikit tentang kegunaan dan kebaikkan Baby Bullet dalam penyediaan makanan si kecil mommies.. Dari gambar pun dah nampak comel kiut miut kan..

Baby Bullet ada 2 function.,iaitu MEMUREE & MENYIMPAN ( sorry mommies..Ummu Umar belasah je translate ayat tuh )... Actually..Ummu Umar belum lagi memiliki si comel Baby Bullet ni.. InsyaAllah akan memilikinya tak lama lg...lagipun Ummu Umar kadang2 naik serabut nak prepare solid food untuk Umar..sorry sayang...nnti kita buat muka seposen depan ayah yerr..Yes!! Baby Bullet sangat membantu dalam penyediaan solid food si kecil berdasarkan testimoni2 customers..

Haa..mommiess..ni la yang terdapat dalam set baby Bullet..


Ok..Ummu Umar akan terangkan satu-persatu ikut function k..

1. Buku Manual & Buku Pocket Nutritionist

Kedua-dua buku ni sangat membantu untuk 1st time mommy yang bersemangat waja untuk buat homemade food.  Ada jadual makanan, makanan apa yang terbaik ikut bulan, cara penyediaan puree, tanda-tanda baby nak makan, cara simpan frozen solid food & sbgainya..Lengkap insyaAllah..

2.  Bekas blender iaitu batchbowl & short cups


Ini medium untuk kita campakkan buah @ makanan yang nak kita kisar. Batchbowl tu yang besar so kita boleh buat banyak-banyak batch puree tapi kita tak boleh simpan terus sebagai storage sebab penutup dia tak kedap udara. Batchbowl ada muncung mulut macam jag.Short cups pulak boleh blend untuk sikit-sikit punya lepas tu ada penutup yang boleh kita simpan buat storage tapi biasanya tak buat la jadi storage sebab dah ade bekas storage. Bila baby masih baru berjinak-jinak dengan solid food memang pakai short cups sahaja sebab baby mula-mula bukan makan banyak pun. Sebab tu kena adanya bekas storage untuk simpan puree yang dah siap untuk next-next day.

3. Miling blade & baby blend blade

Miling blade mata dia ada 2 sahaja manakala baby blend blade ada 4 mata. Miling blade ni untuk kisar macam beras, adik beradik bijirin. Jenis kering la kalau blender biasa tu. Baby blend blade plak untuk buah, vege & yang basah-basah. 

4. Power base

Mesin untuk sambung pada plug..Baby bullet ni tiada macam button on off macam blender biasa..Kita kena pasang bekas blender pada power base sampai bunyi "ktakk", pegang & tekan plug..Kiranya plug tu macam suis on off la..Kina ok je dengan suasana memblendernya..Kena fokus ye memblend..hahaha..Cuma tak boleh la buat benda lain dalam seminit memblend tu..

5. Spatula

Yang ni mesti orang tau..Berfungsi seperti sudu..boleh korek-korek balance pada batchbowl..

Ini kategori menyimpan pulak..

1. 6 date-dial storage cup

6 biji cawan comel yang kita boleh set date dengan memusing2 bawah penutup dia.  Untuk frozen tahan up to 3 months, untuk chilled tahan up to 3 days..Storage cup ni flexible, kita boleh jugak bagi makan kepada baby terus dari cup ni kalau taknak salin ke dalam mangkuk..Nak warmkan pun senang..Muat je masuk warmer..

2. Storage tray

Ini adalah pasangan 6 date-dial storage cup..Bila nak simpan dalam peti kita letak dalam tray ni so ianya tersusun elok.

3. Batch tray

Yang ni jenis silicone..Kita kena salin masuk dalam mangkuk..Cuma bagi kina agak susah nak tekan bagi pop out..Kena berusaha segigihnya menekan silicone tu bagi keluar..

4. Stay fresh resealable lids

Penerangan ada dekat short cups di atas.

So..jelas x mommies? Actually..memang tidak digalakkan penyediaan solid food for baby menggunakan blender yg kita dah masukkan cili,halia,bawang dsb..biasanya bau-bauan tu lekat kat blend..kadang susah nak hilangkan bau..so maybe sometimes sebab tu la baby tak nak makan..sebab bau tuh..

Ok mommies yang berminat dengan Baby Bullet ni..dipersilakan untuk hubungi Ummu Umar yerr...harga murah2 include postage..

Contact info : 018-3589823 (call/sms/whatsap/wechat)
FB : Ayda Bahri
FB Page : The Little Caliph House



SharingIsCaringAndLoving


Salam Kasih Sayang
Ummu Umar
18.3.2014
5:07pm

Monday 17 March 2014

PREMAXX BABY SLING

Assalamualaikum mommies...

Mommies sihat hari ni? apa plan mommies nak buat today? hari ni Ummu Umar dh rasa ok sket..alhamdulillah..banding smlm agak pening..ntah la kenapa...cuaca kot..hihi..

Ok mommies..tengok kat pic kat atas tuh..kenal tak ngan benda alah  tuh?haaa..that is Premaxx Baby Sling.. agak laris jugak carrier ni..why??Sebab Premaxx Baby Sling ni memang sangat selesa dipakai..kita dengan baby punrasa close sangat..then,it is safety carrier di mana ianya mempunyai buckle yg boleh tahan jugak lerr...

Yang paling penting, selesa bila pakai dan baby pun selesa dalam dakapan mommies & daddies.. Bila try, rasa beban untuk dukung baby hilang dan the force moved to our shoulder..biasanya kalau dukung baby lama2 sakit kan.. Tapi disebabkan padding yang tebal dan amat selesa, so tak terasa sakit sangat. Premaxx Baby Sling ni senang saja nak pakai. Attach kat badan kita dengan sangkut kat bahu, then terus masukkan baby dimulakan dengan kaki / or lebih senang dari kepala (mommies imagine la sendiri k..payah nak explain)..hihi..

Kebaikan Premaxx Baby Sling ni memang semua orang tau, dapat ringankan beban dukung baby. Kalau baby nak manja2, secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan or bonding mummy dengan baby..Baby akan terasa dipeluk setiap masa..Boleh pakai sambil nak buat kerja rumah juga. Lagi satu,ada pendapat mengatakan bagus letak dalam baby sling daripada stroller sebab view baby akan jadi sama macam kita yang dewasa ni, dia boleh nampak apa yang kita nampak, unlike stroller, dia terpaksa tengok atas, kalau duduk dalam stroller pandangan dia nampak peha-peha dan kaki orang saja...sian plak..

Mommies.. Premaxx Baby Sling ni dapat ranking Top No.3 kat negara Jepun.Ntah kenapa Japanese ni suka sangat pakai baby sling. Maybe sebab bonding, orang Jepun ni bonding masa baby bukan main, tapi bila dah besar biar jerr. (nanti Ummu Umar buat research pasal ni k)..

Ok mommies... kalau ada mommies berminat dengan Premaxx Baby Sling ni.. please do not hesitate to call me untuk order k.. buat masa ni semua color available.. my contact number..

018-3589823 (call/sms/whatsap/wechat)
FB : Ayda Bahri
FB Page : The Little Caliph House


SharingIsCaringAndLoving


Salam Kasih Sayang
Ummu Umar
18.03.2014
9:20am

Sunday 16 March 2014

10 TIPS MENGAJAR ANAK - BAYI


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan! 

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. jom mommies daddies...ajar anak2 kita reading.. it must be awesome!!

SharingIsCaringAndLoving

Salam Kasih Sayang
Ummu Umar
17.03.2014
08:37am