Monday 31 March 2014


BERSEGERALAH MENDIDIK ANAK

Assalamualaikum w.b.t..mommies..

Apa khabar semua hari ni? Semoga hari ni lebih baik daripada semalam..insyaAllah.. Topik yang Ummu Umar nak kongsikan hari ini ialah mengapa kita perlu bersegera dalam mendidik anak-anak? Selalu Ummu Umar dengar daripada ibu ayah di luar sana di mana ada yang beranggapan tidak perlu memulakan didikan sedari bayi kerana pada mereka ianya terlalu awal. Ramai yang berpendapat bayi yang belum tahu berkata-kata bermakna mereka belum memahami apa-apa dan tidak tahu apa-apa. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah kurang tepat. Pada pendapat Ummu Umar, didikan sedari bayi itu lebih baik malah berkesan daripada menunggu anak-anak mencapai umur 5-6 tahun.Berdasarkan pembacaan Ummu Umar, usia bayi dari 0-4 tahun adalah satu tempoh yang baik untuk memulakan didikan di mana pada usia ini, mereka lebih cepat mengingat dan menghafal apa yang diajarkan kepada mereka. 

Namun, di zaman modern ni Ummu Umar pasti ramai ibu ayah di luar sana sudah mula untuk mengajar anak-anak sedari bayi malah sedari bayi dalam rahim lagi..Alhamdulillah.. Bagi ibu ayah yang baru menimang cahaya mata pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa perlu bersegera mendidik anak? Mengapa ya?

Anak-anak adalah sumber kelangsungan hidup. Kehadiran mereka menambah keriangan namun ia hadir dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika kita lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa, maka anak akan jadi satu bebanan hidup, satu liabiliti yang berat yang terpaksa kita tanggung sehingga menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir. Semua tahu hakikat sebenarnya bukanlah liabiliti itu ditanggung hingga setakat itu sahaja. Ia akan menjadi bebanan di alam seterusnya. Berbagai kata negatif yang pernah saya dengar daripada seorang ibu yang kecewa dengan anak-anaknya setelah mereka tidak 'menjadi'. Betul lah kata hukama.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Bagi saya amatlah penting untuk mendidik anak sedari kecil kerana Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)
Kalau kita lihat sejarah ilmuwan Islam semasa zaman Islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al Quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain-lain. Cara begitulah ilmuwan Islam seperti al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina, al Farabi, ibnul Khaitam dan lain lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal akan meningkatkan kuasa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk proses berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain.

Pernah membaca biografi Imam kita, Imam Shafie? Beliau merupakan antara Imam yang paling bijak dan telah menghafaz quran seluruhnya pada umur 7 tahun. Bila Ummu Umar baca kenyataan tentang beliau menghafaz seluruh isi Al Quran pada umur 7 tahun, Ummu Umar terfikir...

" Beliau orang yang terpilih. Pastinya beliau menjadi orang yang hebat. Agak mustahil untuk orang lain."

Namun jauh di sudut hati Ummu Umar sangat mengimpikan anak-anak Ummu Umar menghafaz al-Quran seawal mungkin. Anak Ummu Umar juga pasti boleh mencapai apa yang Ummu Umar fikir ianya mustahil sekiranya, Ummu Umar sendiri berkeinginan dan dengan izin Allah ia pasti terjadi. Semoga Allah memberi kkuatan dan kesabaran yang tinggi untuk Ummu Umar menjalankan tanggungjawab ini. Ini impian Ummu Umar.

Ummu Umar pernah terbaca dalam satu blog, jika Al Fatihah yang kamu ajar pada seorang kanak-kanak yang belum tahu, maka pahala setiap kali bacaannya akan sampai kepada kamu walaupun kamu sudah mati. Jika anak kamu mengajar anaknya alfatihah pula, pahalanya akan juga sampai kepada kamu kerana kamulah yang mengajar sehingga dia boleh mengajar anaknya sendiri. Kita tahu bahawa ada 17 kali surah al Fatihah akan dibaca dalam sehari untuk solat wajib dan pahalanya mengalir kepada kita kerana kita yang mengajarnya. Bagi Ummu Umar, mengajar anak sendiri ibarat Ummu Umar memulakan perniagaan multi level untuk dunia akhirat Ummu Umar sendiri.

Agak mencabar juga untuk mengajar kanak-kanak kerana kita perlu banyak bersabar setelah diri kita letih bekerja dan menguruskan perniagaan sehari-hari. Ummu Umar rasa ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa agak beruntung kerana boleh menghabiskan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Kesibukkan tugas kadang-kadang melalaikan Ummu Umar. Ummu Umar berharap agar dapat terus mendisiplinkan diri untuk mendidik Umar walau bagaimana sibuk pun. Caranya, Ummu Umar akan cuba selalu mengingatkan diri dengan ayat ini.. "Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan"..


Semoga perkongsian hari ni memberi manfaat untuk semua di ibu ayah di luar sana..dengan izin Allah..

SharingIsCaringAndLoving





Salam Kasih Sayang,
Ummu Umar
01.04.2014
9:26 am

No comments:

Post a Comment